fbpx

EPL: Penggempur Brentford kembali jadi buruan Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TONEY dilihat pilihan ideal untuk United mendapatkan penyerang yang prolifik bagi membantu mereka menambah ketajaman jentera serangan. - AFP

MANCHESTER – Manchester United kembali menghidupkan minat mereka untuk mendapatkan khidmat penggempur Brentford, Ivan Toney selepas mengakui bahawa mereka terdesak menambah kekuatan di jentera serangan.

Toney ketika ini sedang dijejaki oleh Chelsea dan kelab Liga Arab Saudi, Al Ahli, namun United percaya pemain tersebut akan menjadi penyelesaian masalah ketumpulan jentera serangan seperti dipamerkan dalam dua perlawanan Liga Perdana Inggeris setakat ini.

Berdasarkan laporan, wakil United dan Brentford sudah berada di meja rundingan untuk melihat potensi perpindahan pemain berusia 28 tahun tersebut, namun tidak ada sebarang nilai ditawarkan biarpun jendela perpindahan berbaki lebih kurang 48 jam.

Chelsea dilaporkan sedia menyambut Toney dengan tawaran gaji yang sedia dilunaskan, namun saiz skuad itu yang terlalu besar ketika ini menyebabkan pemain itu dilaporkan bimbang mengenai peluangnya untuk beraksi.

Situasi tersebut menyebabkan United sedia mengambil kesempatan dengan memberikan tawaran yang tidak kurang menarik dan tempatnya sebagai penyerang utama dianggap terjamin apabila The Red Devils kehilangan ramai pemain akibat kecederaan.

United kehilangan Rasmus Hojlund menyebabkan tugas menyerang diletakkan di bahu pemain baharu, Joshua Zirkzee yang dianggap belum berada pada tahap terbaik menyebabkan Toney bakal menjadi pilihan sekiranya menerima tawaran tersebut.

Sepanjang musim lalu juga, Hojlund tidak dianggap mencapai tahap terbaik dan dia tidak diletakkan sasaran untuk muncul penyerang utama United dalam tempoh dua atau tiga musim awal menjadikan kelab itu perlu mendapatkan seorang penyerang yang lebih berpengalaman. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI