fbpx

EPL: Chiesa menggigil masuk Anfield

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHIESA sah menjadi milik Liverpool selepas menandatangani kontrak selama empat tahun selepas melengkapkan perpindahan dari Juventus. - AFP

LIVERPOOL – Bintang baharu Liverpool, Federico Chiesa mengakui dia menggigil ketika kali pertama berjalan masuk ke Anfield selepas melengkapkan perpindahan dari Juventus dengan bayaran £10 juta (RM56.89 juta) dan potensi bayaran tambahan £2.5 juta (RM14.22 juta).

Chiesa merupakan anak kepada Enrico yang berjaya meledak gol untuk Itali ketika aksi Euro 1996 di Anfield menandatangani kontrak selama empat tahun bersama The Reds dan bakal diturunkan untuk aksi menentang Manchester United esok.

Pemain berusia 26 tahun memiliki baki kontrak setahun bersama Juventus, namun terpaksa meninggalkan Turin selepas tidak berada dalam perancangan jurulatih baharu, Thiago Motta menyebabkan dia menerima tawaran Liverpool.

“Fikiran saya seakan terperangkap ketika kapal terbang hampir mendarat. Ketika saya melihat Anfield, saya meminta isteri saya memainkan lagu ‘You’ll Never Walk Alone’.

“Saya mahu membayangkan saya sedang beraksi dan para peminat menyanyikan lagu tersebut. Ia sangat memberikan kesan kepada emosi saya dan keluarga,” katanya.

Bekas pemain Fiorentina itu akan menyarung jersi bernombor 14 dan menjadi pemain kedua ditandatangani oleh Liverpool di bawah era Arne Slot selepas mereka mendapatkan khidmat penjaga gol Valencia, Giorgi Mamardashvili.

Chiesa menjadi sebahagian daripada skuad Itali pada Euro 2024 dan sudah membuat 51 penampilan dengan meledak tujuh gol selain berjaya menjulang Kejuaraan Euro 2021.

“Saya gembira menjadi pemain Liverpool. Ketika Pengarah Sukan Liverpool, Richard Hughes menghubungi saya dan bertanya adakah saya minat menyertai mereka, saya tidak mengambil masa yang lama untuk bersetuju kerana saya tahu sejarah kelab ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI