fbpx

Choco Albab mahu buka kilang di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada produk keluaran Choco Albab yang telah berjaya dijual di pasaran di negara jiran.

PETALING JAYA – Saudagar Asia Sdn Bhd (Saudagar Asia), pengeluar produk berjenama Choco Albab bercadang untuk meluaskan pasaran ke seberang laut tahun depan khususnya ke Indonesia tahun depan.

Melihat kepada permintaan yang tinggi terhadap produk keluarannya, syarikat mahu membuka kilang di sana dengan menjalin usaha sama dengan pelabur di negara jiran itu.

Buat masa ini, syarikat telah berjaya menembusi pasaran Singapura dan Brunei bersandarkan pemilikan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang diperolehnya pada tahun lalu.

Pengasas dan Ketua Eksekutif Saudagar Asia, Said Saiful Fazli Said Aluwi berkata, kejayaan syarikat meluaskan pasaran ke ­Singapura sejak tahun lalu telah membolehkan ia memiliki sehingga 3,000 pengedar dan angka itu bakal bertambah ekoran permintaan yang baik daripada pelanggan di sana.

Selain itu, syarikat juga telah bertapak di Brunei pada tahun ini.

“Sebenarnya sijil halal ini sangat penting untuk syarikat bukan sekadar untuk memasuki pasaran global, tetapi juga untuk meyakinkan pelanggan tempatan.

“Ramai sebenarnya pe­langgan tempatan yang bertanya tentang status halal untuk produk Choco Albab pada tahun pertama dan kedua, yang mana jenama kami sudah mula dikenali, ini menunjukkan bahawa mereka sangat mementingkan status halal untuk sesuatu makanan itu.

“Kami telah mendapat sijil halal tahun lalu dan sememangnya ia banyak memberi impak positif kepada syarikat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis ­pelancaran filem pendek bertajuk Kita Kan Sama di sini baru-baru ini.

Said Saiful Fazli menjelaskan, melalui sijil halal itu juga, tiada lagi berlaku kekeliruan dan isu pertikaian yang diutarakan tentang status keluaran syarikatnya.

Pensijilan halal untuk jenama Choco Albab adalah mengikut kategori, yang mana setiap produk yang mereka keluarkan mempunyai sijil halal tersendiri,” ujarnya.

Mengulas filem pendek yang dihasilkan, Said Saiful Fazli memaklumkan bahawa, ia diinspirasikan daripada kisah sebenar individu tentang semangat perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Filem pendek itu merupakan adaptasi daripada kisah perjalanan beliau sebagai pengasas kepada produk jenama Choco Albab

“Kita Kan Sama membawa mesej yang kuat tentang pen­tingnya perpaduan dan kesamaan serta bagaimana perbezaan budaya dan kaum sepatutnya menjadi kekuatan, bukannya halangan.

“Walaupun kita berlainan bahasa, namun kita boleh hidup harmoni dan ini adalah salah satu usaha kami untuk membawa mesej perpaduan bukan sekadar promosi produk semata-mata.

“Saya berharap melalui video ini, mesej persahabatan dan kasih sayang dalam membina semangat perpaduan dapat di­sampaikan untuk membentuk sebuah negara bersatu padu.

“Filem pendek ini juga bertujuan untuk mengajak semua merenung kembali nilai-nilai murni yang telah menyatukan kita semua selama ini,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI