fbpx

Balas dendam ke semi final Terbuka Korea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANG JIE (kiri) dan Ee Wei merakam kemenangan kedua ke atas Soon Huat-Shevon selepas menang suku akhir Terbuka Korea hari ini. - AFP

KUALA LUMPUR – Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terus menggalas misi pada Kejohanan Badminton Terbuka Korea apabila mara ke pusingan separuh akhir selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai.

Pada aksi suku akhir di Stadium Tertutup Mokpo, Seoul hari ini, beregu No. 9 dunia itu hanya memerlukan masa 34 minit untuk mencatat kemenangan straight set 21-18, 21-11, sekali gus menamatkan rentak dua kekalahan berturut-turut kepada pasangan tersebut.

Tang Jie mengakui gembira dengan keputusan tersebut kerana percubaan mereka untuk mencatat kemenangan kedua ke atas Soon Huat-Shevon akhirnya membuahkan hasil selain berterima kasih kepada Ee Wei yang banyak membantu pada perlawanan hari ini.

“Tidak ada banyak yang perlu diperkatakan, cuma pasangan (Ee Wei) banyak membantu hari ini. Saya juga sangat gembira kerana akhirnya dapat mengatasi mereka memandangkan sebelum ini kami tewas dua kali berturut-turut.

“Oleh itu, sangat gembira dengan pencapaian ini. Untuk persiapan separuh akhir, kami akan tengok dulu siapa lawan yang menanti, kemudian barulah kami akan berbincang,” katanya sejurus tamat perlawanan.

Sebagai rekod, keputusan itu menyaksikan Tang Jie-Ee Wei merapatkan jurang dengan Soon Huat-Shevon apabila menang dua kali dalam lima pertemuan, manakala pasangan suami isteri itu masih mendahului dengan tiga kemenangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI