fbpx

[VIDEO] ‘Baju merdeka murid sekolah boleh jadi kostum Miss Universe’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan keindahan kostum merdeka yang digayakan oleh seorang murid perempuan.

PETALING JAYA – Rata-rata netizen memuji rekaan baju merdeka yang diperagakan oleh seorang murid sekolah sehingga berpotensi untuk menjadi kostum Miss Universe.

Menerusi perkongsian video di TikTok @Muhammad Aswad memaparkan baju dengan motif batik lukis dan aksesori rekaan wau bulan digayakan dengan sangat elegan oleh seorang murid perempuan.

“Love gila baju merdeka ni, tahniah orang Pantai Timur,” tulis Muhammad Aswad.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna terpegun dan memuji keindahan baju merdeka itu.

“Wau bulan paling mahai tu. Batik Lukis tu semua cantik dari atas sampai bawah. Tahniah dik,”kata Fieza Damia85.

“Lawanya, tahniah ibu dan bapanya atas inisiatif mencipta baju merdeka tercantik,” kata Vienzz.

“Kalaulah contoh kostum ni jadi ilham untuk dipakai Miss Universe mesti gempak ni,” kata Farziy.

Sementara itu, ramai juga yang memuji bakat cilik itu memperagakan busana tersebut.

“Senyuman manis macam Umi Nazirah. Bakal model tersohor,” kata PermaisuriTuankujiwa.

“Cantiknya dik Ya Allah berbakat sungguh macam professional dah,” kata yin_azlinakamalbashah.

“Pandai ‘eyecontact’ dia yang penting tu cantik,” kata mipanzuzuzu. – KOSMO! ONLINE

@aswaddesigner Love gila baju merdeka ni☺️tahniah org pantai timur.. #merdeka #merdeka2024 #fyppppppppppppppppppppppp #merdeka67 #fyppppppppppppppppppppppp #anakmalaysia ♬ MALAYSIA – Faizal Tahir

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI