fbpx

Asrama lelaki MRSM Kota Putra musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran asrama lelaki MRSM Kota Putra, Besut semalam.

BESUT – Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Putra di sini berdepan detik cemas apabila sebahagian tingkat satu asrama lelaki mengalami kebakaran malam tadi.

Kebakaran pada pukul 10.44 malam itu memusnahkan empat bilik asrama yang menjejaskan kira-kira 58 pelajar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata, pada mulanya pelajar dan pengurusan MRSM Kota Putra cuba memadamkan kebakaran tersebut tetapi gagal.

“Sebaliknya api kebakaran semakin marak sebelum mereka menghubungi pihak berkuasa.

Seramai 20 anggota bomba dengan kekuatan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Besut dan Jerteh telah bergegas ke lokasi kejadian,” katanya di lokasi kejadian di sini hari ini.

Muhammad Azrul Izzham berkata, sebaik pasukan bomba tiba ke lokasi kejadian, kesemua 58 pelajar lelaki terlibat telah selamat dipastikan keluar dari bangunan asrama berkenaan.

Beliau berkata, api kebakaran berjaya dikawal sebelum dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh kira-kira sejam 40 minit.

“Kami terpaksa memecahkan siling bangunan bagi memastikan api kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya terutama pada bahagian bumbung,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI