fbpx

Aset rizab rasmi Malaysia cecah US$114.66 bilion akhir Julai 2024 – BNM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - FOTO MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI

PETALING JAYA – Bank Negara (BNM) mendedahkan aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$114.66 bilion (RM495.07 bilion), manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$1.18 bilion (RM5.09 bilion) pada akhir Julai 2024.

BNM dalam kenyataan hari ini berkata, bank pusat itu memberikan butiran terperinci rizab antarabangsa yang mengandungi maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab serta aset mata wang asing lain.

Maklumat itu diberikan mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund, IMF).

Dalam pada itu, ia turut memberikan butiran jangkaan dan prospek aliran masuk dan keluar pertukaran asing bagi Kerajaan Persekutuan dan BNM untuk tempoh 12 bulan akan datang.

“Aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing berjumlah US$13.84 bilion (RM59.76 bilion).

“Aliran keluar jangka pendek ini termasuk pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank BNM dalam mata wang asing.

“Kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyak US$29.29 bilion (RM126.48 bilion) pada akhir Julai 2024, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang,” kata BNM.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, BNM berkata, unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah US$2.49 bilion (RM10.75 bilion) adalah bagi tempoh 12 bulan akan datang.

“Satu-satunya aliran keluar bersih jangka pendek kontingensi bagi aset mata wang asing ialah jaminan kerajaan terhadap hutang luar negeri dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah US$399.9 juta (RM1.73 bilion).

“Aliran ini tidak mengandungi sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, serta tidak mempunyai kemudahan kredit, kemudahan kredit tanpa syarat yang belum digunakan yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, serta bank dan institusi kewangan lain.

“Bank Negara Malaysia juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit.
Secara keseluruhan, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format SDDS IMF pada akhir Julai 2024 tetap boleh guna,” jelas BNM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI