fbpx

Anak muda jangan jadi ‘perkakas murahan’, cari kebenaran tegak keadilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menyampaikan amanat pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024 di P{usat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

PUTRAJAYA- Golongan generasi muda disifatkan sebagai penyambung legasi kemerdekaan dinasihatkan agar tidak menjadi ‘perkakas murahan’ yang mudah untuk dipermainkan bagi mendapatkan wang serta kuasa oleh pihak tertentu.

Sebaliknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu golongan itu mencari kebenaran bagi menegakkan keadilan, seterusnya berupaya menyelamatkan bangsa dan negara.

“Saya gunakan kesempatan kemerdekaan ini untuk mengingatkan anak muda penerus generasi yang akan menentukan arah ini, maka belajarlah mendapatkan pencerahan sebenar.

“Jangan jadi perkakas murahan atas nama kaum atau agama, dipermainkan atau diperolok, untuk orang cari wang dan kuasa atau pengaruh.

“Cari kebenaran untuk tegakkan keadilan, selamatkan bamgsa dan angkat martabat negara ini, itu tugas generasi muda untuk selamatkan negara,” katanya pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar juga mahu generasi muda untuk mendalami disiplin baharu selain tidak melupakan perjuangan mencapai kemerdekaan merupakan sesuatu yang besar.

“Kita di sini mengukur pertimbangan tapi sebagai membuktikan semua kaum, tokoh berkorban yang punyai cita-cita dan wawasan besar (sama ada) Melayu, Cina, India, Iban, Melanau, Kadazan, Dusun, Bajau dan semua kaum.

“Sebab itu saya tegaskan (perlu) pecahkan tembok-tembok yang mengganggu dan menghalang kejayaan kita dan bina kekuatan baharu,” jelasnya.

Kata Anwar, kekuatan baharu itu perlu dibina menggunakan tiga asas utama iaitu yang pertama ialah pengetahuan dan pencerahan, manakala kedua ialah berdasarkan konsep semangat dan cita-cita murni.

Jelasnya, kekuatan baharu itu juga perlu dibina menggunakan asas yang ketiga iaitu tindakan dan amal soleh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI