fbpx

Alcaraz kemas beg, kalah awal Terbuka AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALCARAZ terpaksa akur tewas di pusingan kedua Terbuka AS kepada Zandschulp dari Belanda hari ini. - AFP

NEW YORK – Bintang tenis Sepanyol, Carlos Alcaraz mengejutkan ramai apabila tersingkir awal daripada Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas tewas kepada pemain Belanda, Botic van de Zandschulp dalam perlawanan yang berakhir dengan keputusan 1-6, 5-7, 4-6 hari ini.

Alcaraz yang telah memenangi Terbuka Perancis dan Wimbledon tahun ini, gagal menemui rentak terbaik di Stadium Arthur Ashe sekali gus menyebabkan perjalanannya pada kejohanan kali ini berakhir lebih awal daripada jangkaan.

Permainannya yang tidak konsisten membolehkan Zandschulp menguasai perlawanan selain 27 kesilapan sendiri (unforced errors) yang dilakukannya sepanjang perlawanan menjadi penyumbang utama kekalahan tersebut.

Ketika kedudukan terikat 2-2 dalam set ketiga, Alcaraz cuba melakukan pukulan drop shot, namun bola hanya mengenai jaring dan kesilapan itu memberi peluang kepada Zandschulp untuk mematahkan servisnya selain menguasai permainan sehingga tamat.

Pemain berusia 21 tahun itu kelihatan tertekan selepas ketinggalan dua set dan tidak mampu untuk bangkit dalam set ketiga, sementara pemain Belanda itu memanfaatkan setiap peluang yang ada untuk menamatkan perlawanan dengan kemenangan mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN