fbpx

560 juta pengguna kripto pegang aset hampir RM10 trilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR 30 Julai lalu menunjukkan sekeping token bitcoin bersama wang kertas 100 ruble di Moscow. – AFP 

HANOI – Bilangan individu memiliki aset mata wang kripto melebihi AS$1 juta (RM4.32 juta) di seluruh dunia melonjak 95 peratus sejak setahun lalu, berjumlah 172,300 orang, demikian menurut satu laporan baharu seperti dipetik laman berita VN Express hari ini.

Laporan dinamakan The Crypto Wealth Report 2024 oleh firma Henley & Partners itu turut mendedahkan bahawa kini terdapat 325 jutawan centi iaitu mereka yang memiliki mata wang kripto berjumlah AS$100 juta(RM432 juta) atau lebih tinggi. Ia merupakan peningkatan sebanyak 79 peratus.

Jumlah bilionair kripto pula bertambah 27 peratus kepada 28 individu kesemuanya.

Menurut laporan sama, terdapat 560 juta pengguna matang kripto di seluruh dunia yang memiliki aset bernilai AS$2.3 trilion (RM9.93 trilion), meningkat sebanyak 89 peratus.

Angka tersebut termasuk pemilik Bitcoin iaitu mata wang kripto paling bernilai di dunia.

Bilangan pemilik Bicoin yang mempunyai pegangan lebih AS$1 juta melonjak 111 peratus kepada 85,400 orang di seluruh dunia. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI