fbpx

37 atlet Sukma Kelantan sumbang pingat terima insentif keseluruhan RM200,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zamakhshari (kiri) melepaskan peserta pada Majlis Pelepasan Konvoi Semarak Merdeka 2024 Kelab Land Rover Kelantan di Pasir Tumboh, Kota Bharu hari ini. Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI/KOSMO!

KOTA BHARU – Seramai 37 atlet Sukan Malaysia (Sukma) 2024 Kelantan yang memenangi pingat emas, perak dan gangsa pada temasya yang berlangsung di Sarawak baru-baru ini menerima insentif keseluruhan sebanyak RM200,000.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Perpaduan Kelantan, Zamakhshari Muhamad berkata, insentif itu disampaikan pada majlis meraikan semua atlet yang terlibat dalam masa terdekat.

Menurutnya, insentif bagi pingat emas sebanyak RM2,500, perak (RM2,000) dan gangsa (RM1,500)

“Bagi atlet berpasukan antara tiga hingga enam orang, pemenang pingat emas akan menerima insentif sebanyak RM3,000, perak (RM2,500) dan gangsa (RM2,000).

“Atlet berpasukan melibatkan tujuh pemain ke atas pula menerima RM4,500 bagi pingat emas, perak (RM3,500)dan gangsa (RM 2,500),” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelepasan Konvoi Semarak Merdeka 2024 Kelab Land Rover Kelantan di Pasir Tumboh, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, menurutnya, beliau akan memohon peruntukan tambahan daripada kerajaan negeri untuk elaun kepada atlet Para Sukma 2024 yang berlangsung pada 20 hingga 28 September depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI