fbpx

WonderLab, WonderDewi perkenal 2 produk baharu rai ulang tahun kelima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WonderLab dan WonderDewi menyambut ulang tahun kelimanya dengan menyampaikan solusi kecantikan dan kesejahteraan yang transformatif untuk rakyat Malaysia.

PETALING JAYA – Produk kecantikan dan kesejahteraan, WonderLab dan WonderDewi memperkenalkan dua produk wajah baharu menerusi siri WonderLab Ageless Pre-Ageing dan WonderDewi Cica bersempena ulang tahun kelima.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO, Hoe Kian Choon berkata, kedua-dua produk baharu itu bersedia untuk merancakkan pasaran dengan menggunakan teknologi terkini, sekali gus menyampaikan solusi kecantikan serta kesejahteraan transformatif kepada rakyat Malaysia.

“Kemajuan kami selama lima tahun adalah bukti semangat dan dedikasi untuk menerokai potensi evolusi kecantikan dan mencipta produk kecantikan dan kesejahteraan yang lain daripada kebiasaan.

“Siri WonderLab Ageless Pre-Ageing terus menawarkan solusi penjagaan kulit berprestasi tinggi, manakala siri WonderDewi Cica terus menyediakan pilihan efektif dan berpatutan untuk pengguna yang lebih muda.

“Kedua-dua barisan produk ini direka dengan teliti untuk menjadi teman penjagaan kulit melalui semua peringkat hidup, daripada pengguna baru berjinak dengan dunia penjagaan kulit, kepada peminat penjagaan kulit yang lebih arif,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, WonderLab Ageless Pre-Ageing dan WonderDewi Cica telah diperkenalkan semasa pelancaran ‘WonderLab 5bulous Anniversary’ Pop-Up’ di The Starhill Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Sempena sambutan ulang tahun dan inisiatif penjenamaan ini, WonderDewi dan WonderLab menyediakan acara ‘pop-up mart’ di The Starhill Bukit Bintang buat kunjungan orang ramai sehingga 1 September ini.

Jualan tersebut menawarkan solusi lengkap kecantikan dan kesihatan, termasuk siri WonderLab Ageless Pre-Ageing dan siri WonderDewi Cica.

Selain pengalaman runcit yang tidak dapat dilupakan, pop-up mart ini juga akan melibatkan pelawat dengan pelbagai aktiviti interaktif, permainan mini nostalgik, dan analisa kulit percuma. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI