fbpx

[VIDEO] Satu Putrajaya kenal kau dik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman tersebut yang tular di TikTok.

PETALING JAYA – Gelagat seorang kanak-kanak berlari di tengah-tengah Dataran Putrajaya ketika sesi raptai Sambutan Hari Kebangsaan mencuit hati pengguna media sosial.

Menerusi sebuah rakaman yang tular di TikTok, kanak-kanak tersebut dilihat memasuki ruang perbarisan dipercayai terlepas daripada jagaan ibu bapanya.

Kanak-kanak itu kemudiannya ‘diselamatkan’ oleh dua anggota yang menyertai raptai terbabit sebelum dipulangkan semula kepada penjaganya.

“Anak siapa ini terlepas waktu raptai penuh perbarisan Merdeka?

“Adik ini terlepas masa tengah nyanyi lagu Negaraku, semua tengah berdiri tegak. Jadinya, lepas habis nyanyi baru kejar nak dapatkan dia, tu yang jauh ke depan dah dia lari,” tulis kapsyen hantaran video tersebut.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna terhibur melihat gelagat kanak-kanak berkenaan selain ada yang menasihati ibu bapa agar mengawasi anak-anak mereka semasa raptai atau majlis berlangsung.

“Kenangan ni. Anak aku pun kalau terlepas dia punya larian macam lipas terbang,” kata Yanna.

“Aku ingat dalam stadium saja ada. Sekali hari perbarisan pun ada juga, kau memang terkenal nanti dik,” kata Tarmizi.

“Kanak-kanak aktif begini memang ‘struggle’ sikit nak kawal. Macam anak saya, macam kecil kalau pergi ‘mall’ jejak ke lantai, berdesup dia lari. Mak ayah dia berpeluh kejar,” kata Norliyana.

“Harap ibu bapa lebih peka, bukan apa kalau anak hilang satu hal pula nak cari dengan ribuan pengunjung datang,” kata Lynn.

Sehingga kini video tersebut telah ditonton lebih 400,000 kali. – KOSMO! ONLINE

@wo.ain.ni Anak siapa ni terlepas waktu raptai penuh perbarisan Hari Merdeka? Adik ni terlepas masa tengah nyanyi lagu negaraku, semua tengah diri tegak. Jadinya lepas habis nyanyi baru kejar nk dpt kn dia, tu yg jauh ke depan dah dia lari 😂#raptaiharikebangsaan #harimerdeka #harikebangsaan #sambutanharimerdeka #putrajaya #tenteramalaysia #tudm #tenteradaratmalaysia ♬ original sound – wo.ai.ni

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI