fbpx

[VIDEO] Pesakit tak ada, tapi mesin catat bacaan jantung lebih 200!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video berkenaan.

PETALING JAYA – “Pesakit turun ‘strecher’ pergi tandas. Ada pesakit ‘lain’ pula duduk atas tu. Kadar denyutan jantung lebih 200! Pukul 1 pagi ya, datang senyap-senyap nak tumpang tidur”.

Itu perkongsian seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama Kakruz tentang situasi menyeramkan di sebuah pusat perubatan.

Menerusi hantaran video berkenaan, jelas dapat dilihat tempat berkenaan kosong, namun bacaan pada mesin berhampiran dipercayai elektrokardiogram, terdapat rekod bacaan dicatatkan seolah-olah ada yang sedang duduk di atas katil pesakit terbabit.

Berdasarkan perkongsian di laman sesawang Gleneagles Hospital Malaysia, kadar denyutan jantung biasa manusia jatuh dalam julat 60 hingga 100 denyutan seminit (bpm) semasa rehat.

Rata-rata pengguna mengatakan situasi berkenaan sangat menyeramkan, malah tidak kurang juga ada petugas-petugas hospital yang turut berkongsi pengalaman serupa.

“Dekat wad kita pun pernah jadi macam ni. Pesakit tak ada pun tiba-tiba ada ‘rhythm’,” kongsi @Qairaqhalif.

“Kita pun selalu kena. Tiba-tiba ja ada bacaan tekanan darah, kadar denyutan jantung la, bacaan paras oksigen dalam darah la…,” kata seorang lagi pengguna.

“Selalu kena macam ni masa HO (doktor pelatih) dulu. Dekat ‘cubicle’ yang sama ja,” ujar pengguna yang lain.

Lebih menyeramkan, ada netizen yang mendakwa ternampak kelibat bayi di atas katil pesakit berkenaan.

“Saya tengok video ni dengan anak. Dia kata ada ‘baby’ atas katil. Saya tanya kat mana ada ‘baby’? Dia tunjuk atas katil. Dia kata kasihan ‘baby’ adik,” kongsi @fiezalewis0. – KOSMO! ONLINE

@kakruuz Patient turun strecher p toilet, ade patient ‘lain’ plak duduk atas tu..heart rate 220+! hihi..pukul 1 pagi ye dtg senyap2 nk tumpang tido.. #mistik #svt #adenosine ♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI