fbpx

[VIDEO] Habis baju, tudung di ampaian terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pakaian yang terbakar dan rosak di ampaian dikongsikan seorang pengguna di TikTok.

PETALING JAYA – “Tak tahu siapa punya kerja, baling rokok atau main mercun. Habis baju di ampaian terbakar, habis tudung-tudung yang kita sayang”.

Demikian luahan seorang penghuni di pangsapuri Halaman Kristal, George Town, Pulau Pinang apabila beberapa helai pakaiannya rosak akibat terkena percikan api ketika di ampaian.

Menerusi perkongsiannya di TikTok @meeza.amni hari ini, dia mendakwa perbuatan khianat itu berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab penghuni yang lain.

Katanya, kemungkinan besar ada penghuni di situ membuang puntung rokok dari aras atas sehingga merosakkan pakaian yang berada di ampaian.

Dia juga kesal dengan tindakan individu terlibat kerana ia mendatangkan kerugian kepada orang lain.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meminta pemilik akaun tersebut membuat laporan kepada pihak pengurusan pangsapuri serta polis bagi mengenalpasti punca serta individu terlibat.

Selain itu, ada yang berkongsi pengalaman masing-masing mengenai ragam penghuni di pangsapuri.

“Saya pernah nak angkat baju di ampaian, tengok ada beberapa baju kena lendir. Rupanya ludah orang. Memang kalau dapat tu, aku jahit mulut dia. Mentaliti penghuni flat, pangsapuri, kondo yang tak ada otak,” kongsi Zack. – KOSMO! ONLINE

@meeza.amni Habis baju di ampaian terbakaq..habis tudung2 yg kita syg..nk beli bukan senang pulak😓😓🥲tak tau sapa punya keja..baling rokok ka main mercun ka xtaulah 😔😔😡😡#macammacamhal #flathalamankristal #georgetownpenang #bajuterbakaq ♬ original sound – Meeza Amni

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI