fbpx

Tanah mendap di Kampung Attap adalah gambar lama – DBKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular kejadian tanah mentap di Jalan Dewan Bahasa, Kampung Attap, Kuala Lumpur disahkan gambar lama.

KUALA LUMPUR – Gambar tular yang memaparkan tanah mendap di Jalan Dewan Bahasa, Kampung Attap, di sini, disahkan merupakan kejadian lama.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan berkata, pihaknya mengesan kejadian itu tular hari ini.

“Dimaklumkan bahawa gambar tersebut merupakan gambar lama dan kerja-kerja pembaikan terhadap kerosakan di jalan tersebut telah dijalankan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya tidak menerima laporkan berhubung kejadian tanah mendap berhampiran Ibu Pejabat Bank Muamalat, di sini.

“Bagi kes di Kampung Attap, ada berlaku tanah mendap dua hari lepas (Selasa), tetapi tidak dilaporkan kepada bomba.

“Bagi kes di depan ibu pejabat Bank Muamalat, bomba tidak dapat sebarang aduan,” katanya ringkas hari ini.

Jumaat lalu, seorang wanita warga India dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter akibat kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Dalam pada itu, satu lagi insiden tanah mendap dikesan kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI