fbpx

Tanah jerlus: Penyelam JBPM berisiko tekanan air tinggi, terkena serpihan halangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Hisham pada sidang akhbar di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berdepan risiko tekanan air tinggi dan serpihan halangan sepanjang 15 meter sekiranya berjaya mengalihkan halangan di dalam saluran pembetung berhampiran Wisma Yakin, di sini, hari ini.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, itu antara cabaran empat penyelam pakar yang dibawa dari Akademi JBPM Wilayah Utara sejak semalam.

“Berdasarkan pemeriksaan di Wisma Yakin, kita rasa hanya boleh bergerak sedikit sahaja (untuk ke halangan).

“Yang merisaukan kita adalah back log (halangan) itu mampu memberi tekanan 100m³ (kubik meter) tekanan air sekiranya terungkai dan memberi risiko kepada penyelam,” katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian, hari ini.

Jelas beliau, kaedah tarikan dalam kadar minimum dibuat menerusi alatan khas yang akan dilaksanakan pasukan mencari dan menyelamat JBPM, Indah Water Konsortium (IWK), dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

“Malam ini selepas mengurangkan paras air kita gunakan pancutan kuasa tinggi dari IWK.

“Kalau keadaan ketika itu selamat, kita akan turun (ke arah halangan) dan bincang langkah seterusnya. Pada masa sekarang risiko terlampau tinggi ekoran paip penuh (air) dan tekanan himpunan halangan itu,” katanya.

Bagi mengurangkan risiko kepada penyelam, Datuk Nor Hisham berkata, pihaknya mewajibkan untuk memakai set pakaian lengkap skuba serta oksigen mencukupi ketika melakukan selaman dan pencarian.

“Tidak dinafikan ada bahan kimia di dalam sana seperti metana. Apabila gas lain memenuhi ruang, gas oksigen akan turun.

“Kita mensyaratkan yang masuk pakai skuba set agar dapat oksigen mencukupi, kita juga mematuhi standard IWK dan pemantauan gas ketika masuk itu selamat,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI