fbpx

Tanah jerlus Masjid India: Belum masanya warta zon tidak selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penemuan lubang mendap baharu berhampiran Pondok Polis Jalan Masjid India semalam. - Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI / KOSMO!

KOTA BHARU – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan bahawa belum tiba masanya untuk mewartakan kawasan tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur sebagai zon tidak selamat.

Menurutnya, setakat ini, polis mengarahkan laluan sepanjang 1.4 meter di Jalan Masjid India ke Jalan Raja Laut yang terlibat dengan tanah jerlus ditutup susulan terdapat mendapan baharu dikesan di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, penutupan jalan itu melibatkan laluan yang mempunyai lima pembetung dan arahan mengenai perkara tersebut sudah dikeluarkan kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan Ketua Polis Negeri.

“Belum masanya untuk wartakan sebagai zon tidak selamat. Kita perlu mengemukakan permohonan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan mengisytiharkannya sebagai bencana.

“Ini bukan bencana, tetapi tindakan polis termasuk bomba dan agensi berkaitan seolah-olah seperti bencana. Kita sudah buka Pusat Kawalan Operasi Bersepadu di situ,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kelantan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Razarudin memberitahu, polis hanya mengeluarkan arahan penutupan laluan itu sahaja (Jalan Masjid India ke Jalan Raja Laut) dan ia tidak melibatkan kawasan lain.

Menurutnya, perniaga di kawasan itu tidak ditutup, malah urus niaga masih berjalan seperti biasa.

“Laluan ke pembetung yang terlibat dalam kejadian itu dianggarkan 50 hingga 70 meter sahaja. Kawasan yang ditutup itu tidak melibatkan laluan kenderaan. Jadi, saya tidak mahu menyentuh panjang perkara tersebut kerana ia melibatkan soal teknikal,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI