fbpx

Syabu bernilai RM1.056 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 33 kilogram syabu yang dirampas hasil penahanan ke atas seorang lelaki dan wanita yang menjadi ahli sindiket pengedaran dadah di Kuching.

KUCHING – Polis merampas 33 kilogram syabu bernilai RM1.056 juta serta menahan seorang lelaki dan wanita yang menjadi ahli sindiket pengedaran dadah itu di sini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata tangkapan itu dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak menerusi serbuan operasi khas di Sentosa Parade Batu 7, Jalan Kuching – Serian dan Taman Kitang One 5, Jalan Batu Kitang, semalam.

Katanya, modus operandi suspek adalah memperolehi bekalan dadah daripada ketua sindiket di Kuching.

“Suspek menggunakan rumah sebagai tempat penyimpanan dadah dan akan menyerahkan dadah kepada pembeli berdasarkan arahan ketuanya, dengan menerima upah RM100 sehari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mancha menambah, suspek lelaki berusia 53 tahun mempunyai rekod jenayah di bawah Seksyen 379A dan 385 Kanun Keseksaan, manakala suspek wanita berusia 23 tahun tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Katanya, kedua-dua suspek turut didapati positif Amphetamine dan Methamphetamine.

Selain itu, Mancha berkata pasukan serbuan turut merampas dua buah kereta jenis Proton Saga dan Toyota Camry, termasuk tiga bentuk cincin emas dan wang tunai RM1,000.

Justeru beliau berkata kedua-dua suspek akan direman selama enam hari bermula hari ini sehingga 4 September di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI