fbpx

Dua cedera kereta jatuh tanah jerlus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kenderaan senget selepas terjatuh ke dalam lubang benam di Seoul - Naver/KBS News

SEOUL – Dua orang cedera parah selepas sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang mereka naiki terjatuh ke dalam tanah jerlus di Seoul, Korea Selatan, lapor portal berita MSNews hari ini.

Gambar-gambar kejadian menunjukkan SUV putih itu dalam keadaan senget dengan hanya sebahagian daripada kenderaan tersebut yang kelihatan.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 11.26 pagi (waktu tempatan) hari ini.

Dua individu yang cedera ialah pemandu lelaki berusia 82 tahun dan penumpang wanita berumur 76 tahun.

Menurut agensi berita Yonhap, anggota-anggota bomba melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) ke atas mangsa wanita selepas menyelamatkannya.

Mereka kemudian menghantar kedua-dua mangsa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pihak berkuasa kemudian mengepung kawasan itu dan sedang dalam proses membaiki jalan.

Menurut laman berita KBS News, lubang benam itu berukuran 6 meter lebar, 4 meter panjang dan 2.5 meter dalam.

Pihak berkuasa akan melakukan siasatan bagi mengetahui punca kejadian. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI