fbpx

Suri rumah dibunuh: Maut akibat tekanan pada leher

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUANTAN – Suri rumah berusia 28 tahun yang ditemukan mati dengan kesan jerutan pada leher di bilik tidur di kediamannya di Indera Mahkota pada 15 Ogos lalu dipercayai meninggal dunia akibat tekanan pada bahagian leher.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, punca kematian terbabit diperoleh hasil daripada bedah siasat yang dijalankan ke atas mangsa.

Katanya lagi, kesemua ahli keluarga mangsa yang ditahan sejak 16 Ogos lalu iaitu bapa kandung, suami, bapa mentua dan ibu mentuanya telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

“Kita telah membuat tangkapan empat orang untuk membantu siasatan dan salah seorangnya kita telah bebaskan selepas tujuh hari ditahan reman, manakala tiga lagi iaitu suami, bapa dan ibu mentua mangsa kita baru bebaskan semalam.

“Setakat ini kita masih lagi menjalankan siasatan lanjut untuk mendapatkan petunjuk baharu. Kalau ada apa-apa maklumat kita akan maklumkan,” katanya dalam sidang akhbar pada Program Townhall Discussion Seminar Cakna Anti-Scam, Kenapa Terus Jadi Mangsa, Peringkat Negeri Pahang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Afzan, di sini hari ini.

YAHAYA (dua dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada panel Program Townhall Discussion Seminar Cakna Anti-Scam, Kenapa Terus Jadi Mangsa peringkat negeri Pahang di SMK Tengku Afzan, Kuantan.

Tambahnya, kes ini masih diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mayat mangsa kini boleh dituntut untuk pengebumian.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan seorang suri rumah yang dilaporkan hilang pada 15 Ogos lalu ditemukan mati dengan kesan jerutan pada leher di bilik tidur di kediamannya di Indera Mahkota di sini.

Mangsa yang mempunyai anak lelaki berusia tiga tahun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh suaminya kira-kira pukul 7.30 malam selepas laporan polis berkaitan kehilangannya dibuat bapa mangsa pada pukul 3.25 petang hari yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI