fbpx

Sudahlah tiada lesen, merempit pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara motosikal disita selepas digunakan untuk melakukan aksi berbahaya di Lebuh Raya Kuala Lumpur - Seremban, awal pagi tadi.

KAJANG – Polis menahan tiga penunggang motosikal yang melakukan aksi berbahaya di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Seremban, di sini, awal pagi tadi.

Tangkapan kira-kira pukul 2.10 pagi dibuat sepasukan Unit Risikan/Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, tiga lelaki yang tidak memiliki lesen memandu itu berusia lingkungan 20 hingga 32 tahun.

Menurutnya, tiga motosikal jenis Yamaha Y15ZR, Yamaha Y16ZR dan Honda RSX yang digunakan penunggang terbabit turut disita.

“Mereka yang menetap di sekitar Lembah Klang itu dalam perjalanan pulang ke kediaman masing-masing selepas makan di sebuah restoran di Seremban.

“Ketiga-tiga penunggang ini dikesan melakukan aksi berbahaya iaitu ‘superman’ dan bersaing sesama sendiri,” katanya hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut mengeluarkan 27 saman atas pelbagai kesalahan.

Jelas Mohd Yusri, kesemua yang ditahan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk tindakan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jelasnya, objektif utama operasi ini bagi membendung dan membanteras kegiatan samseng jalanan selain mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

“JSPT tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan samseng jalanan dan operasi akan terus dilaksanakan agar keselamatan serta ketenteraman awam dipelihara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI