fbpx

Soon Huat-Shevon ke suku akhir tanpa jurulatih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOON HUAT (kiri) dan Shevon mara ke suku akhir selepas menang 21-13, 21-17 ke atas pasangan Taiwan hari ini.

BEREGU campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai meneruskan kemaraan ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Korea selepas menewaskan pasangan Taiwan, Chen Zhi Ray-Yang Ching Tun.

Pada aksi suku akhir yang berlangsung di Stadium Tertutup Mokpo, Seoul hari ini, pasangan suami isteri itu hanya memerlukan masa kurang setengah jam untuk mencatat kemenangan straight set 21-13, 21-17.

Shevon mengakui puas dengan kemenangan tersebut memandangkan mereka terpaksa membuat perancangan sendiri berhubung strategi permainan kerana tidak ditemani jurulatih pada perlawanan tersebut.

“Sudah tentu gembira dengan prestasi yang ditampilkan walaupun hari ini (semalam) kami perlu mengawal emosi dan corak permainan kerana tidak ditemani jurulatih. Kami mampu menarik nafas lega kerana percaturan yang dibuat menjadi.

“Selain itu, kami juga berjaya menguasai sepenuhnya perlawanan, bermula dari set pertama hingga set kedua. Kami juga turun dengan keadaan lebih bersedia, terutamanya dari segi kekuatan mental,” katanya sejurus tamat perlawanan.

Pada masa sama, dia turut menjelaskan, mereka sudah mempersiapkan diri serta fokus sebelum melangkah masuk ke gelanggang perlawanan lagi bagi memastikan tumpuan tidak terjejas sekiranya melakukan kesilapan.

“Sebelum masuk ke gelanggang lagi saya sudah menetapkan fikiran bagaimana kami nak bermain. Sekiranya berlaku apa-apa kesilapan, saya tidak mudah rasa kecewa dan fokus terhadap misi yang dibawa,” ujar Shevon.

Turut mengiringi Shevon-Soon Huat ke suku akhir hari ini adalah beregu campuran, Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei yang menewaskan satu lagi pasangan Taiwan, Liu Kuang Heng-Jheng Yu Chieh 21-16, 21-19. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI