fbpx

Siti masih setia ‘kepit’ beg tangan hantaran kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUDAH namanya edisi terhad berjenama mewah, beg LV yang pernah dijadikan hantaran 18 tahun dahulu tetap indah digayakan pemiliknya, Siti Nurhaliza.

TAMPAK meriah majlis ulang tahun ke-18 perkahwinan penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, baru-baru ini.

Ramai rakan seperjuangan serta keluarga terdekat memeriahkan acara yang diadakan di sebuah lokasi indah tersebut.

Namun bukan acara sepanjang majlis menjadi perhatian, sebaliknya beg tangan rona putih digayakan ibu kepada dua cahaya mata itu yang mencetuskan keterujaan netizen.

Difahamkan, beg berkenaan merupakan hantaran yang diterima penyanyi berusia 45 tahun itu ketika majlis pernikahannya pada 21 Ogos 2006.

Perkongsian sebuah akaun X mendedahkan tas tangan jenama mewah tersebut merupakan keluaran edisi terhad.

Daripada semakan, beg Louis Vuitton edisi terhad Les Extraordinaires Tupelo GM adalah koleksi Spring/Summer 2006.

Begitupun, tidak dapat dipastikan harganya ketika itu namun menunjukkan Siti cukup menjaga hadiah diberikan suaminya dengan baik walaupun selepas 18 tahun disimpan.

Menggayakan tas tersebut juga seolah-olah simbolik mengenang kembali detik penyatuan cinta Siti dan Datuk K yang kini turut diserikan Siti Aafiyah, 6, dan Muhammad Afwa, 4.

MIZZ LAHAR: Biarlah Fazura nak tengok Adele di Jerman tanpa Fattah, mungkin dia nak healing sendiri!

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI