fbpx

Sektor pertanian guna kaedah digital lonjakkan KDNK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gobind meninjau BoomGrow Machine Farms menggunakan teknologi pertanian 5G di George Town, petang tadi.

GEORGE TOWN – Kementerian Digital yakin sektor pertanian negara akan dapat menyumbang lebih banyak kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menerusi kaedah pertanian digital.

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, pada masa ini sektor pertanian di Malaysia telah menyumbang sebanyak 7.2 peratus kepada KDNK negara pada suku kedua tahun ini, dan ini adalah peningkatan besar kerana sektor tersebut hanya menyumbang 1.7 peratus pada suku pertama tahun ini.

“Laporan daripada firma Ernst & Young (EY) pada November 2021 yang bertajuk ‘menganggar kesan ekonomi rangkaian 5G tunggal di Malaysia’ telah meramalkan peningkatan sebanyak 2.6 peratus kepada sumbangan KDNK sektor ini pada tahun 2030.

“Ini bersamaan dengan peningkatan sebanyak RM3.5 bilion,” katanya selepas merasmikan majlis pelancaran kerjasama antara BoomGrow dan CelcomDigi dalam Pertanian Maju dan Mampan, Menggunakan teknologi 5G, AI dan Pembelajaran Mesin, hari ini.

Mengulas lanjut, Gobind berkata, kerajaan kini sedang dalam proses untuk melancarkan rangkaian 5G kedua dan langkah ini pasti akan meningkatkan sumbangan semua sektor, termasuk pertanian kepada negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI