fbpx

‘Sarang’ scammer tawar judi online tak wujud diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

MUAR – Polis berjaya menumpaskan kegiatan sindiket penipuan dalam talian yang menawarkan judi online tidak wujud kepada pelanggan hasil serbuan ke atas sebuah rumah yang dijadikan markas operasi di kawasan perumahan di Bandar Muar, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, dalam operasi itu, seramai enam warga tempatan berumur lingkungan 20-an terdiri daripada empat lelaki dan dua perempuan berjaya diberkas.

“Hasil siasatan awal, modus operandi sindiket ini adalah dengan menjalankan aktiviti penipuan perjudian atas talian dengan cara mempromosikan perjudian kepada pelanggan.

“Selepas pelanggan membayar sejumlah langgan tertentu untuk berjudi, mereka menghilangkan diri dan pelanggan gagal berkomunikasi dengan mereka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Raiz Mukhliz berkata, siasatan lanjut mendapati sindiket terbabit disyaki beroperasi di daerah ini bermula pada pertengahan tahun 2024.

Katanya, dalam serbuan itu, polis merampas beberapa peralatan komputer, telefon bimbit dan maklumat akuan bank yang disyaki digunakan dalam aktiviti perjudian atas talian.

“Hasil semakan rekod lampau mendapati dua daripada enam suspek yang ditahan mempunyai rekod lampau melibatkan kesalahan perjudian,”katanya.

Tambah Raiz Mukhliz, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI