PETALING JAYA – Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan menerima menghadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, di Istana Negara, hari ini.
Menerusi satu hantaran di laman sosial Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Raja Zarith Sofiah turut menerima menghadap Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM), Datuk Nik Nasaruddin Mohd Zawawi.
Turut hadir, Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan.
“Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor, Hishamuddin Abdul Rahim dan Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” tulis hantaran tersebut. – KOSMO! ONLINE.