fbpx

‘Raja Bomoh’ akan dipanggil Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reaksi Raja Bomoh atau Ibrahim sewaktu bertemu media ketika hadir ke lokasi tanah jerlus di Jalan Masjid India semalam. - Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI / KOSMO!

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar mengarahkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memanggil Ibrahim Mat Zain atau ‘Raja Bomoh’ berhubung tawaran membantu pencarian mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Mohd. Na’im dalam kenyataan berkata, tindakan memanggil Ibrahim itu adalah bagi memberikan nasihat tentang batas-batas akidah dan iman serta tidak terjebak dalam amalan yang membawa kepada penghinaan kepada agama Islam.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengambil maklum kegelisahan umat Islam terhadap kehadiran Ibrahim di lokasi pencarian mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India.

“Individu tersebut telah memberikan tawaran untuk membantu mencari mangsa tanah jerlus,” katanya hari ini.

Katanya, pada 2017 lalu, individu tersebut telah didakwa di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di bawah Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana kesalahan menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina.

Jelasnya, individu tersebut juga membuat pengakuan bersalah atas dakwaan tersebut.

“Pada masa yang sama, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan telah memerintahkan individu tersebut menjalani konsultasi akidah di bawah pengawasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengikut Seksyen 129 Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 (Akta 506),” ujarnya.

Mohd. Na’im menyeru agar umat Islam tidak terpengaruh dengan apa-apa aktiviti ritual yang bertentangan akidah Islam.

Semalam Kosmo! melaporkan, Ibrahim mencuri tumpuan pengamal media apabila secara tiba-tiba hadir di lokasi insiden berkenaan.

Ibrahim berkata, dia ingin membantu dalam mencari mangsa warga India, Vijayaletchumy, 48, yang masih gagal dikesan.

Pada Jumaat lalu, seorang wanita dari Kuppam, Andhra, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di kawasan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI