fbpx

Qew Group mahu struktur semula portfolio pelaburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Qew Group Berhad (Qew Group) mengambil langkah untuk menyusun semula strategi dalam portfolio pelaburannya dan hala tujunya sebagai sebahagian daripada usaha Kumpulan untuk menyusun semula aktiviti pelaburannya.

Inisiatif ini bakal  memberi ruang kepada Kumpulan untuk memberi tumpuan terhadap usaha bagi pembangunan dan kestabilan jangka masa depan selain meletakkan ia dalam kedudukan yang baik sebagai pemain dalam landskap pelaburan global.

Bagi mencapai misi tersebut Qew Group akan menebus kesemua RPS-i (Saham Keutamaan Boleh Tebus – Islamik) daripada pemegang saham menjelang akhir tahun kewangan.

“Tindakan tegas yang diambil oleh lembaga pengarah dan pengurusan Kumpulan adalah usaha asas yang perlu diambil untuk mengubah dan mengukuhkan struktur kewangan dan korporat.

“Ia juga seiring dengan misi Gew Group untuk menjadi syarikat senaraian awam dan platform pelaburan utama terkemuka,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Cadangan penebusan RPS-i adalah usaha keluar daripada perniagaan semasa Kumpulan dan juga portfolio pelaburannya.

“Untuk hala tuju syarikat, Qew Group bercadang untuk memberi tumpuan terhadap projek pelaburan jangka panjang yang akan menawarkan margin keuntungan yang baik dan juga memberi impak sosial yang positif.

“Ini melibatkan penglibatan Kumpulan dalam segmen perlombongan, telekomunikasi, pembangunan harta tanah, kesihatan dan perkilangan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI