fbpx

Qayzikri Hazimi hilang, bersembunyi di surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Qayzikri Hazimi

SEREMBAN – Seorang pelajar sekolah menengah yang dilaporkan hilang dari sekolahnya di Sikamat di sini pada tengah hari kelmarin telah dijumpai semula oleh keluarganya petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Mohamad Hatta Che Din berkata, remaja lelaki berusia 14 tahun itu, Qayzikri Hazimi dijumpai kira-kira pukul 3 petang semalam di sebuah kedai gunting rambut di Taman Widuri, Senawang di sini.

“Pelajar lelaki itu ditemui dalam keadaan baik dan selamat. Dia telah bersembunyi di sebuah surau di kawasan berhampiran sehingga dijumpai semula oleh ahli keluarga terdekat di sebuah kedai gunting rambut.

“Dia bersama keluarga telah dipanggil ke Pejabat Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk dirakam percakapan,” katanya hari ini.

Semalam media melaporkan pihak polis memohon bantuan orang ramai untuk mencari dan menjejaki seorang pelajar sekolah menengah yang dilaporkan hilang dari sekolahnya di Sikamat di sini pada tengah hari kelmarin.

Menurutnya, ekoran dari kes tular di media sosial yang melibatkan orang hilang, kira-kira pukul 5.12 petang kelmarin, polis telah menerima aduan daripada guru sekolah menyatakan bahawa seorang pelajar lelaki Melayu berusia 14 tahun telah melarikan diri dari sebuah sekolah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI