fbpx

Pos Malaysia hantar pulang barang Nur Farah Kartini ke Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOORZURIHA (lima dari kiri) menerima barangan milik Allahyarham Nur Farah Kartini untuk diuruskan penghantaran pulang ke kampung halamannya di Kampung Lereng Bukit, Miri, Sarawak, hari ini. - Foto IHSAN UPSI

TANJUNG MALIM – Pos Malaysia sebagai khidmat sosial telah menjayakan misi membawa pulang barangan milik pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah di kampung halamannya di Sarawak, hari ini.

Pengurus Besar Pos Malaysia Perak, Noorzuriha Haron Noh Rashid berkata, pihaknya berusaha untuk membawa pulang barangan Allahyarham hari ini ke Shah Alam dan dijangka sampai di rumah ibunya, Siti Salmah Abdullah di Kampung Lereng Bukit, Miri, Sarawak pada pagi Selasa.

“Kami bersimpati dengan nasib yang menimpa Allahyarham dan keluarganya. Justeru, ini adalah sumbangan kemanusiaan Pos Malaysia buat keluarga Allahyarham.” katanya di Bangunan Canselori, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI, di sini hari ini.

Barangan Allahyarham merangkumi pakaian, beg, buku dan pelbagai barangan peribadi yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Multimedia) dengan Kepujian UPSI dan bekerja di bahagian pemasaran digital sebuah kedai percetakan di Tanjung Malim.

Dalam pada itu Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, beliau terharu dengan keprihatinan pihak Pos Malaysia itu dan menganggap ia sebagai satu rahmat dan mencerminkan nilai kasih sayang rakyat negara ini.

“Pemergian Allahyarham mengundang simpati dan kasih sayang pelbagai pihak di seluruh negara. Saya sendiri sukar menahan sebak sewaktu bertemu ibu Allahyarham yang dilihat tenang dan reda dengan pemergiannya,” katanya.

Allahyarham hilang selepas menghantar kereta sewa sebelum mayatnya ditemui di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Perak telah ditahan untuk membantu siasatan berkaitan kes terbabit di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI