fbpx

Penjaga gol tinggalkan calon juara EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMSDALE

CARDIFF – Kejayaan mara ke pusingan ketiga Piala Liga Inggeris (EFL) membolehkan Southampton bersetuju untuk membayar yuran perpindahan £25 juta (RM142.81 juta) buat penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale.

Ramsdale, 26, dijangka melengkapkan perpindahannya sebelum jendela ditutup pada 1 September ini dengan Southampton akan membayar pendahuluan £18 juta (RM102.81 juta) sebelum baki £7 juta (RM39.99 juta) secara ansuran.

Pengurus Southampton, Russel Martin mendedahkan perkara itu selepas pasukannya menewaskan Cardiff City 5-3 pada pusingan kedua EFL di Stadium Cardiff City awal pagi semalam.

“Saya sangat teruja sekiranya perpindahan ini menjadi kenyataan. Buat masa sekarang saya hanya perlu tunggu dan lihat sehinggalah segalanya selesai,” kata Martin.

Kini, Arsenal akan meneruskan rundingan dengan Espanyol bagi mendapatkan penjaga golnya, Joan Garcia menggantikan tempat Ramsdale.

Wolverhampton Wanderers sebelum ini berminat membeli Ramsdale yang tidak mahu menjadi pilihan kedua di belakang David Raya di Arsenal tetapi membatalkan hajat mereka kerana menganggap urusan pembelian tersebut terlalu mahal.

Ramsdale pastinya bakal menjadi penjaga gol No. 1 di Southampton berbanding Alex McCarthy yang memulakan perlawanan ketika The Saints tewas kepada Newcastle United dan Nottngham Forest dalam dua aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Bagaimanapun, McCarthy tidak beraksi ketika menewaskan Cardiff awal pagi semalam dengan Joe Lumley diberikan kepercayaan mengemudi gawang biarpun bolos juga tiga gol kepada lawan dari Liga Kejuaraan Inggeris itu.

Lima gol Southampton dalam aksi itu dijaringkan dua oleh Cameron Archer dan masing-masing satu daripada Mateus Fernandes, Sam Amo-Ameyaw serta James Bree. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI