fbpx

Pengasas Telegram, Pavel Durov berdepan tuduhan jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Durov kini dilarang meninggalkan Perancis. - Getty Images

PARIS – Ketua Pegawai Eksekutif Telegram, Pavel Durov berdepan pertuduhan awal di Perancis kerana didakwa membenarkan aktiviti jenayah berleluasa pada aplikasi media sosial tersebut, lapor akhbar The Sun UK.

Hakim mengeluarkan pertuduhan terhadap Durov malam semalam dan melarangnya daripada meninggalkan Perancis.

Bilionair kelahiran Russia yang menjadi warganegara Perancis pada 2021 itu telah ditahan pada Sabtu lepas di luar Paris.

Dia dibebaskan semalam selepas empat hari disoal siasat, namun diletakkan di bawah pengawasan kehakiman dan diarah membayar ikat jamin sebanyak €5 juta (RM24.1 juta).

Ia berlaku selepas siasatan kehakiman dibuka pada bulan lalu yang membabitkan 12 dakwaan pelanggaran jenayah.

Durov yang juga pengasas Telegram, kini berada di bawah siasatan rasmi pihak berkuasa Perancis dan perlu melapor diri di balai polis dua kali seminggu.

Dia disiasat atas enam pertuduhan termasuk bersubahat dalam pengedaran jenayah terancang bagi imej seksual kanak-kanak.

Tuduhan lain adalah pentadbiran platform dalam talian untuk membolehkan transaksi haram oleh kumpulan yang dianjurkan.

Jenayah itu boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda €500,000 (RM2.4 juta), kata pejabat pendakwa raya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI