fbpx

Pencemaran udara Asia Selatan berkurang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk mengharungi kesesakan lalu lintas di sebatang jalan di Bengaluru, India pada 26 Ogos lalu. - AFP

NEW DELHI – Peningkatan mendadak dalam kualiti udara di Asia Selatan pada 2022 mendorong penurunan bagi indeks pencemaran global, dengan cuaca baik menjadi faktor mencetuskan keadaan itu, kata satu laporan baharu semalam.

Penduduk rantau itu bagaimanapun terus menghirup udara paling tercemar di dunia apabila mereka kehilangan lebih 3.5 tahun jangka hayat secara purata, kata laporan tahunan Indeks Kehidupan Kualiti Udara (AQLI).

Tambahnya, secara global, kebanyakan negara tidak mempunyai piawaian pencemaran atau gagal memenuhi apa yang telah ditetapkan, menyebabkan rakyat menghirup kualiti udara yang mendatangkan pelbagai masalah kesihatan.

Selama dua dekad, pencemaran udara meningkat setiap tahun di Asia Selatan tetapi data satelit terbaharu untuk 2022 menunjukkan trend penurunan sebanyak 18 peratus.

Ia direkodkan di setiap negara di rantau itu selain Sri Lanka, demikian menurut laporan yang dikeluarkan oleh Institut Dasar Tenaga (EPIC) Universiti Chicago.

“Walaupun sukar untuk menentukan secara konklusif apa yang mengurangkan tahap PM2.5 di seluruh Asia Selatan, adalah selamat untuk menyatakan bahawa keadaan meteorologi yang menggalakkan mungkin memainkan peranan,” kata laporan itu.

PM2.5 merujuk kepada zarah kecil yang boleh bergerak jauh ke dalam badan, manakala keadaan meteorologi merujuk kepada hujan melebihi kadar purata di seluruh rantau itu pada 2022.

Laporan sama turut mendapati bahawa pengurangan pencemaran udara di Asia Selatan membawa kepada penurunan sembilan peratus dalam pencemaran udara di peringkat global.

Dalam masa sama, kualiti udara yang buruk meningkat di beberapa rantau lain termasuk di Asia Barat dan Afrika Utara. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI