fbpx

Peguam lelaki kes bekal senjata Israel tarik diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Azim dikawal ketat anggota polis di Mahkamah Sesyen Kuala Selangor hari ini.

KUALA SELANGOR – Peguam seorang lelaki yang disyaki membekalkan senjata api kepada lelaki warga Israel, Mac lalu menarik diri daripada mewakilinya bagi kes berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan peguam Mohamad Isa Mohamad Basir di Mahkamah Sesyen di sini, yang baharu dilantik mewakili tertuduh Abdul Azim Mohd. Yasin, 43.

Mohamad Isa berkata, beliau menerima surat rasmi daripada peguam terdahulu, Ethan Tan yang menyatakan mahu menarik diri petang semalam.

“Kini, saya ‘take over’ (mengambil alih) kes ini bagi mewakili pihak anak guam (Abdul Azim). Justeru, saya memohon Timbalan Pendakwa Raya turut memberikan dokumen yang diserahkan kepada peguam terdahulu sebelum ini,” katanya.

Sharifah Faraha dikawal ketat anggota polis di Mahkamah Sesyen Kuala Selangor hari ini.

Pada prosiding sebutan kes itu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Suhaili Abu Bakar memberitahu mahkamah bahawa laporan kimia dijangka siap pada September ini, manakala laporan forensik tidak dinyatakan tarikhnya serta memohon tarikh baharu bagi penyerahan dokumen berkaitan.

Mohamad Isa yang turut mewakili isteri tertuduh, Sharifah Faraha Syed Husin, 41, tiada membuat sebarang bantahan.

Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza kemudian menetapkan 17 Oktober depan sebagai tarikh sebutan serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI