fbpx

Pawang hujan diusir, kontraktor diarah mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layer aksi pawang hujan wanita di Stadium Harapan Bangsa, Aceh. - Foto Antara

JAKARTA – Pemangku Gabenor Aceh, Safrizal ZA meminta kontraktor yang melakukan kerja-kerja pembaikan di sebuah stadium di Banda Aceh untuk mengusir seorang pawang hujan, lapor portal berita Detik semalam.

Permintaan itu dibuat selepas video pawang wanita tersebut, Rara Istiani Wulandari alias Mbak Rara menjadi tular di media social.

Pihak kontraktor itu kemudian menuruti permintaan Safrizal selepas beberapa wakil dipanggil ke pejabatnya.

a dibuat selepas pawang terkenal itu melakukan perbuatan yang bertentangan dengan syariat Islam dan budaya masyarakat Aceh.

Pihak kontraktor mendakwa bahawa Mbak Rara diminta datang selepas pekerja mahu menghalang hujan daripada turun, bagi mengelakkan kerja-kerja di Stadium Harapan Bangsa terjejas. 

“Pihak syarikat terbabit segera menghantar pulang Mbak Rara di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda, Blang Bintang pada hari ini (semalam),” kata Safrizal.

Beliau juga meminta firma itu memuat permohonan maaf kepada orang awam. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI