fbpx

Paralimpik Paris: Yusof terkandas saringan kelayakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUSOF HAFIZI

KUALA LUMPUR – Impian atlet berbasikal para negara, Muhammad Yusof Hafizi Shaharuddin untuk beraksi di pentas final acara individu lelaki C1 (kecacatan fizikal) 3000 meter (m) Pursuit tidak kesampaian selepas menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 3 minit 55.254 saat.

Meskipun tidak berjaya melangkah ke final, atlet berusia 26 tahun itu berjaya memperbaiki rekod peribadinya yang sebelum ini dicatatkan di Kejohanan Dunia di Glasgow 2023 dengan masa 3:57.852 saat.

Pada aksi saringan kelayakan yang berlangsung sebentar tadi, Yusof menduduki tempat kelima keseluruhan, sekali gus gagal layak ke peringkat akhir.

Dalam acara tersebut, pelumba China, Li Zhangyu, mencipta rekod dunia baharu dengan catatan masa 3:31.388 saat sekali gus akan merebut pingat emas dengan rakan senegara Liang Weicong yang menduduki tempat kedua dengan catatan 3:42.468.

Sementara itu, perebutan pingat gangsa akan mempertemukan Ten Argiles Ricardo dari Sepanyol, yang mencatat masa 3:43.765 saat, dengan wakil Jerman, Senska Pierre, yang mencatat masa 3:45.973 saat.

Bagaimanapun, Yusof masih mempunyai peluang untuk memperbaiki pencapaiannya kerana akan meneruskan cabaran dalam dua acara lebuh raya iaitu ujian masa individu lelaki C1 dan perlumbaan lebuh raya lelaki C1-3 pada Sabtu, 31 Ogos. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI