fbpx

Mohd. Ali pangku tugas Ketua Polis Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin (tengah) menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kelantan antara Muhamad Zaki (kiri) dan Mohd. Ali di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

KOTA BHARU – Timbalan Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Mohd. Ali Tamby memangku tugas Ketua Polis Kelantan susulan Datuk Muhamad Zaki Harun menamatkan tugasnya bermula hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, majlis serah terima tugas merupakan tradisi dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi pegawai dan anggota apabila cukup usia berkhidmat.

“Kita masih kekalkan tradisi lama sehingga hari ini selain majlis makan malam meraikan pegawai.

“Saya merupakan rakan karib Muhamad Zaki. Beliau berasal dari Kelantan dan pernah bertugas di Teluk Intan, Perak dan Seremban, Negeri Sembilan,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Pada majlis itu, Muhamad Zaki menyerahkan dokumen serah tugas kepada Mohd. Ali yang disaksikan oleh Razarudin.

Mengulas lanjut, Razarudin memberitahu, Mohd. Ali akan mengambil alih tugas yang dilakukan oleh Muhamad Zaki sebelum ini.

“Pada pandangan saya, Muhamad Zaki seorang pegawai yang istimewa kerana mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan dan Bukit Aman.

“Beliau juga mempunyai hubungan baik dengan Kerajaan Thailand,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI