fbpx

Laporan polis terhadap Muhyiddin dibuat Istana Pahang – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap dalam majlis perasmian dan pecah tanah Residensi Suria MADANI, di Taman Desa, hari ini. - Foto oleh IQBAL ROSLY / KOSMO!

KUALA LMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, laporan polis terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dibuat oleh pihak Istana Pahang.

Perdana Menteri menjelaskan, beliau juga mengarahkan menteri-menteri untuk menyerahkan perkara berkenaan kepada polis.

“Anda langgar peraturan dan anda terlanjur jadi anda yang perlu hadapi semuanya. Jangan gunakan ini untuk politik.

“Laporan telah dibuat, jadi polis ambil laporan daripada Istana Pahang. Sebelumnya, dalam kes lain oleh Istana Selangor dan diambil tindakan oleh Peguam Negara,” katanya kepada media selepas perasmian dan pecah tanah Residensi Suria Madani, di Taman Desa, di sini, hari ini.

Terdahulu, pada 19 Ogos, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kemurkaan dan rasa amat terkilan atas tindakan bekas Perdana Menteri itu yang secara sengaja memperlekeh peranan Sultan Pahang ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Pengerusi PN itu telah didakwa di Mahkamah Sesyen Gua Musang atas tuduhan mengeluarkan perkataan menghasut ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di sini, pada 14 Ogos lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI