fbpx

Lagi pemain warisan perkuat Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN Kuzain bakal menyertai Harimau Malaya selepas proses pemulihannya selesai.

PETALING JAYA – Hasrat peminat tempatan untuk menyaksikan Wan Kuzain Wan ­Kamal menyarung jersi Harimau Malaya kini semakin hampir menjadi kenyataan.

Pemain yang berpengkalan di Amerika Syarikat itu sudah pun beberapa kali berhubung dengan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Bagaimanapun, Hamidin menjelaskan ketika ini Wan Kuzain masih dalam proses pemulihan kecederaan yang dialaminya.

“Sepatutnya kali ini Wan Kuzain sertai kita, tetapi sekarang dia tengah alami kecederaan. Insya-Allah bila dia dapat pasport dan akan bermain untuk Malaysia.

“Sudah beberapa kali dia telefon saya, ini cerita dua tiga bulan lepas. Semalam pun dia telefon saya, lepas dia pulih daripada kecederaan dia akan sertai Harimau Malaya,” kata Hamidin.

Sebelum ini nama Wan Kuzain kembali dikaitkan dengan Ha­rimau Malaya selepas dilihat mengikuti perkembangan skuad kebangsaan pada kempen Piala Asia 2023 di Qatar baru-baru ini.

Wan Kuzain pernah dipanggil menyertai kem pusat latihan ­Sukan SEA 2019 di Fili­pina, tetapi terpaksa digugurkan kerana masalah dokumentasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI