BANGKOK – Kru kabin Funteam AirAsia di Kuala Lumpur mengubah penerbangan rutin menjadi pesta konsert di langit.
Pada pertengahan penerbangan, mereka melakukan persembahan penuh tenaga dengan melantunkan lagu pecah carta anggota Blackpink, La Lisa berjudul Rockstar.
Ia kemudian disusuli lagu Applause nyanyian Lady Gaga.
“Para penumpang seronok melihat hiburan tidak disangka ini,” demikian menurut akhbar Thailand.
Laman sosial dipenuhi pujian selepas orang ramai berkongsi keterujaan mereka tentang hiburan dalam penerbangan di luar jangkaan itu.
Muzik video Lisa, Rockstar mengumpulkan 67.76 juta tontonan di YouTube setakat awal Julai lalu, beberapa hari selepas pelancarannya pada 28 Jun 2024.
Lagu single itu menandakan percubaan single solo pertama bintang K-pop Thai itu selepas menubuhkan syarikatnya sendiri, LLOUD dalam perkongsian bersama Sony Music dan RCA Records.
Pilihan Lisa untuk melakukan penggambaran muzik video lagu tersebut di kawasan popular, Yaowarat turut menjadi kebanggaan para peminatnya. – Agensi