fbpx

Kanak-kanak sekolah diajar lindungi diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy (tengah) bersama sebahagian murid yang menyertai program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak peringkat Terengganu di SK Sultan Sulaiman 2, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengambil inisiatif turun padang ke sekolah-sekolah rendah seluruh negara bagi meningkatan kesedaran kanak-kanak tentang hak golongan tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, program turun padang tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada kanak-kanak terbabit untuk melindungi diri sekiranya berhadapan dengan ancaman jenayah, pengabaian, buli dan dera.

“Kita tak boleh lagi hanya memberi advokasi kepada orang dewasa sebaliknya pergi ke sekolah untuk berkongsi dengan kanak-kanak ini agar mereka yakin ada peluang untuk melindungi diri sendiri.

“Kalau berlaku (pengabaian dan jenayah terhadap kanak-kanak) di rumah sendiri, macam mana mereka perlu bertindak,” katanya di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman 2 di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak peringkat Terengganu.

Nancy berkata, program advokasi berkenaan juga bertujuan meningkatkan kesedaran kanak-kanak terbabit tentang buli siber dan sentuhan selamat.

Tambah beliau, KPWKM menyasarkan turun padang ke 300 sekolah seluruh negara menjelang akhir tahun ini bagi menjayakan program advokasi tersebut

“Memang kes jenayah jenayah terhadap kanak-kanak kini semakin merisaukan kerana turut dilakukan ahli keluarga sendiri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI