fbpx

Johor mahu jadi hab pelancongan utama Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN HAFIZ meletakkan tapak tangan pada kiub sebagai gimik sempena Perasmian Festival Majestic Johor di Puteri Harbour, Iskandar Puteri malam tadi. - Foto RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

ISKANDAR PUTERI – Johor mahu menjadi hab pelancongan utama negara khususnya menjelang program Tahun Melawat Johor 2026 yang menyasarkan kehadiran seramai 12 juta pelancong, dua tahun lagi.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pihaknya yakin perkara itu dapat dicapai jika semua pihak termasuk agensi kerajaan, pemain industri pelancongan serta masyarakat bekerjasama mempromosikan negeri ini.

“Johor terkenal dengan pelbagai perkara, makanan sedap, tempat pelancongan, taman negara gunung hingga laut, tetapi pelancongan kita belum nombor satu.

“Oleh itu, sasaran kita mahu jadikan Johor sebagai pusat pelancongan paling unggul dalam negara, saya yakin boleh sebab Johor selalu mencapai tahap membanggakan seperti kemenangan dalam Final Piala FA dengan jaringan 6-1 baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majestic Johor Festival 2024 di Puteri Harbour, di sini malam tadi.

Tambah Onn Hafiz, kerajaan pusat dan negeri telah melakukan pelbagai projek naik taraf melibatkan infrastruktur pelancongan di negeri ini, termasuklah Zoo Johor.

“Zoo Johor telah dinaik taraf dengan peruntukan RM9.7 juta. Ini adalah kerja naik taraf fasa pertama dan 31 Ogos (lusa) zoo itu akan dibuka semula kepada orang ramai. Empat pihak berkuasa tempatan (PBT) bekerjasama untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut.

“Selain itu, kita juga akan memastikan semua projek pembangunan termasuklah Rapid Transit System Link (RTS Link) yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura berjalan lancar dan disiapkan mengikut jadual,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI