fbpx

JKR sedia khidmat pakar bantu cari mangsa tanah jerlus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD (dua dari kanan) menunjukkan undi kontraktor terpilih dalam kerja-kerja penyelenggaraan jalan Wilayah Selatan di Dewan Serbaguna JKR Kluang, Jalan Sentosa di Taman Idaman, Kluang hari ini.

KLUANG – Kementerian Kerja Raya akan menyediakan khidmat nasihat pakar bagi membantu usaha pencarian mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur dalam kejadian Jumaat lalu.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kementeriannya sentiasa bersedia memberikan bantuan walaupun kejadian tanah jerlus itu berlaku di kawasan seliaan Jabatan Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Mesyuarat Kabinet pada Rabu, meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk memberikan nasihat pakar. Perbincangan telah diadakan dengan pegawai yang dipanggil beberapa kali ke lokasi kejadian di Masjid India.

“Nasihat serta pandangan tertentu diberikan dan diharap mangsa yang hilang dapat ditemui segera,” lkatanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan cabutan undi bagi Program Penyenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia – Zon Selatan Tahun 2024 di JKR Kluang di sini, hari ini.

Pada Jumaat lalu, seorang wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI