fbpx

Jenazah penyelam TLDM dituntut isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN Pengusung Jenazah TLDM membawa jenazah Allahyarham Arman San keluar daripada Jabatan Perubatan Forensik HSI, Johor Bahru untuk diterbangkan ke kampung halamannya di Lahad Datu, Sabah.

JOHOR BAHRU – Jenazah Laskar Kelas (LK) I PLM, Arman San Hermansa, 28, yang maut ketika operasi salvaj KD Pendekar, semalam telah dituntut isterinya, Norazliana Bakri, 25, hari ini.

Kenderaan van jenazah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang membawa jenazah dilihat meninggalkan pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) pada pukul 12.50 tengah hari.

Keranda yang membawa jenazah memasuki van diangkat Pasukan Pengusung Jenazah TLDM.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) sebelum diterbangkan ke Lapangan Terbang Tawau menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum dikebumikan di kampung halamannya di Lahad Datu, Sabah.

VAN jenazah yang membawa Allahyarham Arman San dibawa keluar daripada Jabatan Perubatan Forensik HSI, Johor Bahru.

Terdahulu, seramai kira-kira 100 waris, pegawai dan anggota TLDM serta rakan-rakan berkumpul di Jabatan Perubatan Forensik HSI itu seawal pukul 8 pagi tadi.

Semalam, Arman San yang berkhidmat sebagai Penyelam Ranjau dari Markas Selam dan Peperangan Periuk Api (MSPPA) dilaporkan hilang di dasar laut sebelum ditemui maut ketika melakukan operasi salvaj KD Pendekar yang karam di perairan Tanjung Penyusop, Kota Tinggi.

KD Pendekar yang telah berkhidmat selama 21 tahun itu tenggelam kira-kira pukul 12 tengah hari, Ahad lalu di perairan Tanjung Penyusop selepas mengalami kebocoran dipercayai akibat terlanggar objek bawah air.

Bagaimanapun, usaha pantas komuniti maritim berjaya menyelamatkan kesemua 39 kru KD Pendekar sebelum kapal itu tenggelam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI