fbpx

Jasad Yoga dikeluarkan dalam keadaan mereput

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan SAR membawa keluar jasad Yoga dari kawasan Gunung Tabai kira-kira pukul 4 petang tadi.

BAU – Jasad Yoga Anggiska, 26, yang tertimbus ketika melombong emas di dalam Gunung Tabai, di sini berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 4 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Jawai Francis Kempas, berkata, mayat lelaki warga Indonesia itu dijumpai pada kedalaman 90 meter di dalam lubang gua gunung berkenaan.

“Mayat mangsa dijumpai dalam keadaan mulai mereput. Pengecaman mayat juga agak sukar disebabkan keadaan fizikal yang sudah mereput dan dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Bau untuk proses pengecaman,” katanya ketika ditemu bual di kawasan Gunung Tabai, sebentar tadi.

Justeru, katanya sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) daripada keluarga mangsa diperlukan untuk pengecaman.

Terdahulu, Jawai berkata operasi pencarian yang bermula jam 11.35 pagi berjaya mengeluarkan sebahagian jasad mangsa dari dalam lubang berkenaan.

Katanya operasi itu melibatkan 10 orang iaitu empat pegawai bomba, empat warganegara Indonesia iaitu saudara mangsa dan dua penduduk tempatan.

“Usaha membawa keluar jasad mangsa mengambil masa yang lama disebabkan laluan untuk memasuki lubang berkenaan sempit dan sukar.

“Malah, semasa pasukan memasuki kawasan itu juga mendapati ia ditakungi air. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI