fbpx

‘Jangan main-main dengan Sultan kami’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABD GHANI (tiga dari kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuat di IPD Bentong di Bentong.

BENTONG – ‘Jangan main-main dengan sultan kami, jangan ada orang politik cuba menghina dan mempermainkan sultan kami,” kata Ketua Peneroka Felda Wilayah Mempaga, Abd. Ghani Taib.

Beliau yang mewakili 36 tanah rancangan Felda wilayah Mempaga di lima daerah negeri ini berkata demikian selepas membuat laporan polis terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana didakwa menyentuh isu 3R (raja, agama dan kaum) ketika berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Gua Musang Kelantan.

Abd. Ghani berkata, dia mewakili semua peneroka Felda Wilayah Mempaga membuat laporan polis terhadap Muhyiddin yang disifatkan sebagai cuba menghina sultan dan menghasut rakyat dengan menyentuh isu 3R.

Katanya, rakyat di negeri ini sentiasa patuh dan taat kepada sultan dan berharap pihak polis mengambil tindakan tegas sebagai pengajaran kepada mana-mana pihak.

“Saya bagi peringatan jangan main-main dengan sultan kami, jangan ada orang orang politik cuba menghina dan mencaci serta mempermainkan sultan kami.

“Kami tetap patuh dan taat kepada sultan kami, itu hak kami, negeri kami, jangan pecah belahkan rakyat negeri Pahang dengan menghasut memburukkan sultan kami dalam suasana sekarang,”katanya ketika ditemui di hadapan Ibu Pejabat polis Daerah Bentong di sini hari ini.

Menurut Abd Ghani sebanyak dua laporan polis dibuat terhadap Muhyiddin hari ini dan akan diikuti dengan lebih banyak laporan polis oleh wakil peneroka dari semasa ke semasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI