fbpx

Hari Kebangsaan: 750 tong sampah, 11 roro disediakan sepanjang Dataran Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) menyediakan sebanyak 750 unit tong sisa mudah alih serta 11 unit tong ‘roll on’, ‘roll off’ atau ‘roro’ di sekitar Dataran Putrajaya sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2024, Sabtu ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora), Badrulhisyam Fauzi berkata, pihaknya turut menugaskan sebanyak 220 pekerja pembersihan untuk menjaga kebersihan di sekitar tapak acara sepanjang sambutan itu berlangsung.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan orang ramai untuk tidak membuang sampah sembarangan, dan memanfaatkan tong sampah yang disediakan bagi memastikan kawasan acara sentiasa bersih.

“Komitmen Alam Flora adalah untuk menjamin kelancaran sambutan tanpa gangguan kebersihan. Ia juga merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan untuk memastikan kebersihan optimum di tapak acara melibatkan keluasan melebihi 400,000 meter persegi.

“Ia sekali gus mengekalkan suasana selesa dan teratur sepanjang sambutan bersejarah ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah kenyataan itu, Alam Flora memaklumkan bahawa dua unit lori ‘jetter’ telah digunakan untuk melakukan ‘flushing’ di Dataran Putrajaya bagi menyediakan tapak yang bersih dan teratur menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2024.

“Selepas acara perarakan Hari Kebangsaan pula, Alam Flora akan meneruskan usaha pembersihan menyeluruh dari 1 hingga 3 September.

“Seramai 34 orang pekerja pembersihan akan ditugaskan setiap hari sebagai usaha mengembalikan kawasan tersebut kepada keadaan asal,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI