fbpx

Hamidin selar sikap tamak Pan-gon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAN-GON meninggalkan Harimau Malaya untuk terima tawaran Ulsan Hyundai.

PETALING JAYA – Bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon seakan mengkhianati harapan penyokong Harimau Malaya apabila meminta pelepasan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, alasan masalah keluarga ketika meminta penamatan adalah tidak munasabah kerana jurulatih itu dikatakan mempunyai tujuan lain.

“Cerita ini pedih sebenarnya, sehingga perlawanan menentang Taiwan (Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia), Pan-gon masih bersama kita, selepas itu dia bercuti dua minggu dan tambah seminggu lagi.

“Selepas kembali dari bercuti dan tiga hari sebelum saya ke Mallorca, Sepanyol (sebelum Sukan Olimpik Paris 2024), Pan-gon setiap hari jumpa saya. Hari pertama saya tidak bagi keputusan dan hari kedua juga sama.

“Pada hari ketiga, dia datang merayu lagi seperti orang ‘gila talak’ akhirnya terpaksa untuk melepaskannya selepas mengambil kira jasanya kepada pasukan kebangsaan biarpun sedar FAM akan jadi mangsa,” katanya.

Tambah Hamidin, selepas penamatan kontrak Pan-gon selesai, beliau mendapat tahu bahawa pengendali itu sudah menendatangani kontrak dengan Ulsan HD, sekali gus membuktikan dia tidak professional.

“Saya kecewa, FAM jadi mangsa dan dia dapat tawaran lebih lumayan. Perkara ini bukan salah FAM sebenarnya, Pan-gon itu sendiri saya yang pilih dengan sokongan exco FAM.

“FAM juga kecewa apabila Pan Gon mengeluarkan beberapa perkara yang tidak tepat semasa sidang akhbar seolah-olah mahu melepaskan dirinya sahaja,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI