fbpx

FAM pertimbang Hang-seo galas tugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANG-SEO dianggap antara calon dalam pertimbangan FAM kerana pengalamannya dalam bola sepak di Asia dan Asia Tenggara.

PETALING JAYA – Bekas jurulatih Vietnam, Park Hang-seo kekal menjadi antara individu pilihan yang berpotensi untuk mengendalikan Harimau Malaya.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata pihaknya ada dihubungi beberapa ‘nama besar’ yang ingin menggantikan tempat Kim Pan-gon.

“Ada beberapa nama besar yang hubungi FAM selepas Pan-gon tinggalkan kita dan salah seorangnya ialah Hang-seo. Saya sahkan perkara itu, tetapi nama-nama lain biarlah dahulu dan kita akan buat pilihan terbaik.

“Kita akan buat ‘kerja rumah’ dahulu kerana kita kena ambil jurulatih yang faham kualiti dan musuh yang bakal kita hadapi, kita bukannya mahu lawan Brazil dan sebagainya,” kata Hamidin.

Jika FAM mahu pertimbangkan Hang-seo sebagai calon pilihan, ia adalah peluang kedua buat jurulatih itu selepas Hamidin mengambil keputusan menolak permohonannya sebelum ini.

Bagaimanapun, Hamidin menegaskan ketika ini FAM lebih selesa untuk beri ruang kepada Pau Marti Vicente untuk membuktikan kualitinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI